Halaman

Ahad, 12 Ogos 2012

Kepimpinan Dalam Islam

Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :


يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ

Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)


Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).
Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.

 PENGERTIAN KEPIMPINAN


Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah swt :


فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’ ayat 65.)


Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.


عَنْ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم

Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu Daud).

 GELARAN PEMIMPIN 

1.      Al-Khalifah
 2.      Waliyul’amr
3.      Al Imam
4.      Al Sultan
5.      Al Malik
6.      Amirul Mukminin


SYARAT-SYARAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM

 Pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah pemimpin yang bersifat terbuka, menerima pandangan orang bawahan, sentiasa mendapatkan maklumat yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran, bertanggungjawab dan sntiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi

Islam telah meletakkan syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin Kejayaan sesebuah negara dan kerajaan sekaligus mempermodelkan Islam dalam kepimpinan dan pemerintahan, antaranya ialah,


Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki

Firman Allah SWT:

          يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ

Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)

 Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Firman Allah swt.

لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya"tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)


AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN

Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

Antaranya :

1.      Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

2.      Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10.  Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11.  Warak dan zuhud

12.  Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16.  Bersederhana di dalam segala perkara

17.  Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebutserta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.

 PENUTUP

Apabila kriteria kepimpinan Islam dijadikan syarat utama dalam memilih pemimpin, maka Keizzahan Islam itu akan terserlah dalam Pemerintahan Negara secara praktikal. Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."

Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui kehebatan kepimpinan Islam apabila melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash yang diutus kepadanya : " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung menghalang cita-cita, namun mereka tetap dapat meruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat- lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat… Bagaimana kalau tak solat..? ... ALLAHUAKBAR~—


wallahhuallam/-

Khamis, 2 Ogos 2012

"Bersahabat Dengan Al-quran"



Katakanlah: (Wahai Muhammad) Sesungguhnya, jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri (surah al-Isra’ ayat 88)

Saya berpesan kepada sahabat-sahabat, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan diwariskan dunia ini untuknya. Mudah-mudahan taqwa kita semakin hari semakin bertambah, dengan melakukan amal kebajikan, dan menjauhi perkara-perkara maksiat, yang mengundang kemurkaan Allah Taala.(ayat khutbah jumaat).

Apabila dikatakan bersahabat bermakna ia akan sentiasa berhubung atau dekat dengan kita samaada di hati atau fikiran. Al-quran merupakan kalam allah yg diturunkan kpd nabi muhammad sebelum datangnya hari kiamat.Ianya mengandungi 114 surah, 6,236 ayat, 77,437 kalimah, dan 335,989 huruf. Apabila kita membacanya adalah ibadat, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.

Al-Quran telah dijamin keasliannya di bawah pemeliharaan Allah Taala kerana ianya diriwayatkan secara mutawatir dari satu generasi ke satu generasi. Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran melalui perantaraan Jibril AS, seterusnya Nabi Muhammad SAW membacanya dan menyampaikan kepada para sahabat baginda, seterusnya melalui para tabi'en sehinggalah kepada kita hari ini. Tidak terdapat sebarang pindaan walaupun satu titik dan huruf dalam al-Quran.

Sewaktu zaman nabi muhammad,terdapat mereka yg mahir serta arif tentang syair dan sekiranya ada dikalangan masyarakat jahiliah yg mampu membuatkan syair yg indah mereka akan dinobatkan sbagai pensyair terhebat.Disebabkan itu, al-quran juga merupakan syair yg cukup hebat dan ramai diantara ahli syair arab menyatakan ia bukan dari buah fikiran manusia sendiri.ia sebenarnya mukjizat yg diturunkan allah kepada nabi muhammad s.a.w.

Kita akan dapati di dalam kitab suci al-Quran, tidak terdapat sebarang percanggahan dan perselisihan antara ayat-ayatnya, kerana setiap ayat berkehendakkan kepada ayat yang lain untuk menerangkan maksud dan kehendak yang pelbagai, di samping penjelasan oleh Rasulullah sendiri terhadap sebahagian ayat al-Quran.Disebabkan itu juga ramai pengganut agama lain yg tertarik dengan keindahan ayat al-quran berserta dengan fakta sains yang telah dijumpai.

Antara ciri-ciri kita bersahabat dengan al-Quran adalah seperti berikut:

1. Menyibukkan diri dengan membaca al-Quran.

Kita hendaklah memusatkan perhatian dan berazam bersungguh-sungguh untuk membaca al-Quran sehingga khatam. Bacalah al-Quran dengan roh kita, dan jangan kita membaca al-Quran dengan jasad kita, kerana jasad kita mudah letih dan bosan. Sungguh beruntung dan bertuah, kalau sekiranya dalam setahun kita dapat khatam 30 juzuk al-Quran. Untuk permulaan, cuba kita biasakan membaca dua atau tiga ayat setiap kali selepas solat.

Setelah kita terbiasa dan menjadi kebiasaan, membaca dua atau tiga ayat setiap kali selepas solat, tambahkan lagi bilangan ayat sehingga empat halaman muka surat setiap selepas solat. Ini bermakna dalam sehari, kita telah berjaya membaca sejuzuk al-Quran, dan dalam tempoh sebulan, kita berjaya mengkhatam al-Quran 30 juzuk!!! Dapatkan naskhah al-Quran bersaiz kecil, untuk kita mudah membawa ke mana-mana sahaja.

Jika sekiranya, kita tidak mampu, beli CD al-Quran untuk mendengar bacaan Qari atau Imam.

2. Membaca dengan perlahan dan tadabbur maknanya.

Al-Quran perlu dibaca dengan perlahan-lahan untuk memudahkan kita menghayati dan tadabbur makna ayat-ayatnya. Hindarkan perbuatan berlumba-lumba untuk cepat khatam al-Quran, dengan meninggalkan hukum-hukum tajwidnya. Setiap huruf mempunyai hak-haknya yang perlu diberikan oleh pembacanya meliputi makhraj huruf, sifat huruf, hukum mad, hukum ghunnah, hukum tebal dan nipis dan sebagainya. Elakkan membaca al-Quran dalam keadaan tergopoh-gapah dan tergesa-gesa kerana ia boleh memesongkan kita memahami makna-maknanya. Eloklah kita memiliki terjemahan al-Quran peribadi, kerana ia memudahkan kita untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran.

3. Bertindak balas dengan ayat yang dibaca.

Ayat-ayat al-Quran terdiri daripada ayat nikmat syurga, ayat ancaman seksa dan azab neraka, ayat teguran, ayat sindiran, ayat kiasan, ayat doa, ayat memohon perlindungan daripada azab seksa neraka, ayat kisah-kisah umat terdahulu dan sebagainya. Setiap ayat memerlukan tindak balas yang berbeza mengikut kehendak ayat. Ayat-ayat berbentuk doa dan nikmat syurga hendaklah dilafazkan dengan penuh pengharapan rahmat Allah, ayat-ayat azab hendaklah dipohon agar terselamat daripada azab tersebut dan sebagainya.
Demikianlah kita dituntut untuk bertindak balas kepada setiap ayat yang kita baca. Mudah-mudahan al-Quran akan memilih kita sebagai teman dan sahabatnya di hari yang tiada pertolongan dan syafaat selain syafaat Rasulullah SAW, syafaat al-Quran dan syafaat puasa.

4. Mengamalkan kehendak setiap ayat al-Quran.

Al-Quran diturunkan kepada manusia yang mempunyai akal fikiran yang jernih, yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah Taala. Ayat al-Quran didatangkan berbentuk perintah dan larangan. Ada perintah yang berbentuk wajib, harus dan sunat. Begitu juga larangan, ada yang berbentuk haram dan ada yang berbentuk makruh.Al-Quran ditujukan secara langsung kepada manusia dan jin. Setiap manusia dan jin tidak terlepas daripada kewajipan dan tanggungjawab setiap ayat al-Quran. Ketika datang perintah dan ketetapan daripada al-Quran, manusia tidak perlu berlengah-lengah, bertangguh, malas, tunggu dulu atau membuat pilihan untuk melakukan ketetapan tersebut atau pun tidak.

Umat Islam yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah akan terus melaksanakan ketetapan tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri. Ketika kita sedang berada di padang mahsyar, setiap manusia akan ditanya adakah kamu beriman kepada ayat-ayat-Ku yakni al-Quran??? Adakah kamu melakukan apa yang Aku perintahkan kepada kamu??? Adakah kamu meninggalkan apa yang Aku tegahkan kepada kamu???.

Saidina Umar bin al-Khattab sebelum keislamannya, merupakan orang yang keras menentang, orang yang paling lantang menghina dan mengejek agama yang dibawa oleh Muhammad SAW. Setelah mendengar ayat-ayat permulaan surah Thaahaa ini, hatinya terus rebah tersunggur mengakui kehebatan Allah, telinganya ditusuk kata-kata yang indah yang datangnya dari tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam, yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Secara terus, peribadi yang buruk Saidina Umar al-Khattab bertukar menjadi sahabat yang paling berani mempertahankan agama Muhammad SAW, paling bertaqwa dan takut kepada Allah dan paling sensitif membezakan perkara yang haq dan perkara yang batil. Setiap perkara akan diletakkan pada hak dan kedudukan yang sepatutnya.

Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah yang lain, mereka terpesona dan terpaut dengan ayat-ayat al-Quran. Hati dan jiwa para sahabat sentiasa berdampingan dan berpaut dengan al-Quran setiap waktu dan saat. Tiada hari-hari mereka diluangkan begitu sahaja, selain membaca dan tadabbur ayat-ayat al-Quran. Al-Quran sentiasa terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari mereka. Merekalah sebaik-baik generasi al-Quran, yang pernah dilahirkan di atas muka bumi ini. Setiap perkara kebaikan walaupun sebesar biji sawi, mereka akan tetap lakukan apabila telah diperintahkan oleh al-Quran. Manakala setiap perkara keburukan walaupun sebesar biji sawi, apabila telah mendapat ketetapan daripada al-Quran mereka akan jauhi dan elakkan.

Marilah kita jadikan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai contoh dan tauladan, untuk kita ikuti amalan-amalan mereka, supaya kita juga akan menjadi sebaik-baik umat manusia dan menjadi sebaik-baik pendamping dan sahabat rapat dengan al-Quran. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam khutbah pertama antara ciri-ciri sahabat al-Quran adalah:
1. Menyibukkan diri dengan membaca al-Quran.
2. Membaca dengan perlahan dan tadabbur maknanya.
3. Bertindak balas dengan ayat yang dibaca.
4. Mengamalkan kehendak setiap ayat al-Quran.


Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili yang berkata :

Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran pada hari Kiamat akan datang sebagai syafaat kepada sahabatnya”.
  
Mudah-mudahan Allah Taala melapang dada kita untuk menerima nur al-Quran, melunakkan lidah kita untuk menyebut kalimah-kalimah al-Quran, meringankan anggota badan kita untuk menyelak lambaran-lambaran naskhah al-Quran, mengasyikkan kita mendengar ayat-ayat al-Quran, menerangkan mata kita untuk membaca ayat-ayatnya, memudahkan kita mengamalkan isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

wallallahhuallam/-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...