Halaman

Isnin, 22 Oktober 2012

Air tangan orang yang tidak solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Wa'allahualam

Ahad, 21 Oktober 2012

Hudud terbukti mampu selesai jenayah di Saudi

Hudud terbukti mampu selesai jenayah di Saudi


Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam.

Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.

Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Jumaat, 19 Oktober 2012

kain rida’-warisan sunnah nabi-

Kain rida’
Jom sama-sama menghidupkan sunnah.. ツ


Ape tu kain rida' ?
kain rida' tu selendang (seperti dalam gambar).. ツ

Aunnah ke?
ye..ia sunnah baginda yang mulia.. ツ

Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida' - رِدَاءٌ)

1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ;

Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.

Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."

2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.

3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)


4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)

6. “Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


macam mana nak pakai kain rida' tu..?
--------------------------------
Rida' : Bagaimana Pemakaian Secara Sunnah?

menjawab ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di dalam "Komuniti iluvislam.com"..

"Para ulamak biasa menyebutkan pakaian-pakaian Rasulullah sehingga se'detail'nya. Para guru kami menyebutkan, pemakaian rida' disunnahkan dan terdapat pelbagai cara memakainya. Malah para ulamak berbeza pendapat dalam memilih cara yang terbaik tanpa menafikan cara-cara yang lain. Kebanyakan guru kami mengajarkan supaya memakai rida' dengan meletakkan kain di atas bahu kiri (atau kanan mengikut sebahagian guru lain). Ada juga yang meletakkan di atas bahu kiri kemudiannya ditarik di sebelah belakang dan keluar melalui bawah ketiak kanan dan diangkat ke belakang melalui bahu kanan. Ada juga yang menggantungkan sahaja di tengkuk dan membiarkan ke bawah dari kedua-dua bahu. Apapun yang kami dapati, semua cara tersebut boleh dilakukan, dan jika diniatkan kerana mencintai Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulamak, insyaAllah beroleh pahala. "

ape faedahnye pakai kain rida'..?
insyaAllah dapat pahala..niatkan seperti yg tertera di dalam gambar.. ツ

Jauhnya Diriku DariMu Ya Allah

Sedang ku duduk seorang diri aku pun mula berfikir tentang diri ku yang sudah lama tidak memandang sejadah menghadap kiblat. Saat ku bersendiri, fikiran ku mula melayang... Pelbagai persoalan ku ajukan, bertanya pada diri.

"Aku seorang muslim bagaimana keadaan ku sekarang ini??"

"Tinggal solat padahal solat itu tiang agama"

"Apakah bezanya aku dengan mereka yahudi dan nasrani"

Aku mula memikirkan setelah lama ku tidak sujud padaNYA, adakah aku masih diterima olehNya? Adakah DIA masih mendengar rintihan dan doaku? Adakah DIA masih kisah akan diri ku?

Mula pada itu tersedar bahawanya aku ini terasa amat jauh denganNYA. Pada mulanya mata ini ingin mengeluarkan air tetapi dalam sedar diri ini berada di rumah sewa yang mempunyai ramai teman serumah. Timbul rasa segan pada rakan serumah. Aku tidak mahu apa-apa sangkaan kurang baik daripada rakan-rakan rumah. Ku tahan gelodak rasa sebak di dada.

Di dalam kepala masih lagi memikirkan tentang diri yang terasa sangat jauh dari empunya langit dan bumi. Bagi menghilangkan keserabutan fikiran, sengaja aku memilih untuk beredar dari rakan serumah ku. Aku masuk ke dalam bilik tidur ku dan mula membuka laptop. Jari jemari ku menekan keyboard lattop Ku cuba mendengar koleksi muzik yang tersimpan. Sengaja ku memilih lagu yang sesuai dengan jiwaku saat itu. Sedang lagu-lagu itu saling berganti tiba pada lagu yang berjudul Insyallah yang dinyanyikan oleh Maher Zain.



Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

Baru saat ini ku teliti lirik lagu tersebut. Tanpa ku sedar, air mata ku menitis sayu. Tidak lagi dapat ku tahan air mata ini. Menitik-nitik air mata itu bagaikan bayi menangis kelaparan. Timbul rasa menyesal yang teramat sangat dalam diri. Begitu cepat aku berputus asa pada rahmat Allah. Betapa rupanya aku semakin jauh dari Allah SWT.

Aku masih tidak berganjak dari katil, terasa menyesal dan malunya pada tuhanku. Fikiran ku cuba mengingat kembali salah satu ayat Al-quran yang pernah dibicarakan di dalam kuliah agama yang pernah aku hadir dahulu tentang putus asa pada rahmat Allah.

"Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah az-Zumar ayat 53)


Saat itu, persoalan yang tadinya mengesak fikiranku semula. Adakah aku diterima oleh Allah? Adakah taubatku akan diterimaNya sedangkan aku lalai dan tidak terkira dosa yang telah kau buat sehingga hari ini? Kali ini jemari ku cuba mencari jawapan. Aku melayari internet lalu ku cuba memahami jawapan yang ku jumpa...

"Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? "
(Surah at-Taubat ayat 104)


Allah berfirman lagi;

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah An-Nahl ayat 119)


Kemudian firmanNya lagi;

"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah An_nisa ayat 64)



"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya."
(Surah Al-Maidah ayat 39)


"Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah."

Aku bersyukur betapa Allah sentiasa menerima hamba-hambaNya. Namun, aku tidak akan jadikan Kesempurnaan Allah itu untuk aku menangguhkan kebaikan yang Allah berikan padaku ini. Saat ini Allah jentikkan hatiku dengan hidayahNya agar aku tidak lagi menjauhiNya.
Aku nekad.

 Allah memberikan aku jalan pulang tanpa ku menyedarinya. Kebaikan ini akan ku gunakan sebaiknya. Semoga Allah berikanku kekuatan untuk mendekati jalan-jalan keredhaanNya. Semoga langkah ini sentiasa istiqamah mengharap mardhatillah yang Esa. Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya. Hanya aku sahaja yang kurang menyedarinya.

"Ya Allah, pimpinlah diriku agar sentiasa di dalam hidayahMu" 

- Artikel iluvislam.com

Selasa, 16 Oktober 2012

Apa itu Titian Sirat??

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...