Halaman

Sabtu, 10 Mac 2012

APA NAK JADI DENGAN KITA NANTI?


Bagaimana kalau suatu hari nanti di Padang Mahsyar ketika seluruh umat tengah berkecamuk dan hiruk pikuk dengan bunyi-bunyi teriakan manusia yang sedang menyesal dan sengsara..ketika itu kita terjumpa seorang yang cerah wajahnya..lembut senyumannya..tampan sangat..bercahaya sekitarnya..ketika itu dia sedang sibuk membahagikan minuman pada orang-orang di sekitarnya..dan kita yang sedang dahaga yang melampau ini pun cubalah mendekatinya..kita pun cuba lah tersenyum padanya..dia pun..


" dengan bermasam muka mengatakan bahawa KAMU BUKAN DARI UMATKU! "


apa nak jadi dengan kita nanti? Dia lah Muhammad..Nabi terakhir yang membawa risalah kenabian..bawa berita baik dan warning dari Tuhan..tetapi kita tetap ingkar.

APA NAK JADI DENGAN KITA NANTI?

~ ♥ '' YA ALLAH, Jika aku jatuh Cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan Cintanya padamu agar bertambah Kekuatanku untuk menyintaimu.

~ ♥ '' YA MUHAIMIN, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta Nafsu.

~ ♥ '' YA RABBANA Jika aku jatuh Hati jagalah Hatiku padanya agar tidak berpaling daripada Hatimu.

~ ♥ '' Cinta dan Kasih sayang manusia Hanyalah setitis jika dibandingkan dengan Selautan Cinta dan kasih sayang ALLAH, Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu ia tidak akan menjejaskan Kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau Miliki.

♥ Sesungguhnya apa yang kudambakan adalah CINTA ALLAH yang esa, kerana Cinta kepada Rasulullah bererti CINTA kepada ALLAH

wallahuallam:)

Jumaat, 9 Mac 2012

kata hikmah

"Jgn meninggalkan org yg kamu syg utk pergi kpd org yg kamu suka"-Ibarat seorang anak yang syg kpd ibunya tetapi suka pada teman lelakinya.Anak ini mengambil keputusan utk meninggalkan ibunya utk bersama teman lelaki yang disukainya.


"krn mungkin org yang kamu suka akan meninggalkan kamu untuk org yang disayanginya"-lelaki yang disukai oleh anak itu tadi mungkin akan pergi meninggalkan anak tadi untuk pergi kepada seseorng yang lelaki itu sayang seperti kembali kpd ibu ayah lelaki tersebut.

Hidup nie sbnarnya ibarat roda, apa yang kita lakukan akan dibalas sama ada didunia atau diakhirat..kecuali dosa kepada ibubapa , Allah akan membalas cash didunia.Sekarang ni terlalu  byk kes anak lari ikut org asing@teman lelaki smua krna kehendak nafsu."Apa yang kita buat pada org lain , suatu hari nanti mesti akan ade org yang akan buat pekara sama kat kita balik....klu kita suka tolong org , suatu hari nti akan ade org tolong kite bile kite dlm kesusahan...

wallahualam:)~amiri~

Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita

Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.


Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Wallahualam:)

Amerika Syarikat menawarkan Israel senjata canggih...

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat menawarkan Israel senjata canggih sebagai balasan kepada rejim Zionis itu kerana tidak menyerang kemudahan nuklear Iran tahun ini.
Akhbar Israel, Maariv yang memetik sumber diplomat dan perisikan melaporkan, pentadbiran Amerika Syarikat menawar untuk membekalkan Israel dengan bom pemusnah kubu dan pesawat mengisi minyak jarak jauh ketika lawatan Perdana Menteri rejim itu, Benjamin Netanyahu ke Washington baru-baru ini.
Sebagai balasan, Israel akan bersetuju untuk menangguhkan kemungkinan menyerang Iran sehingga 2013, selepas pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November.
Israel dan Barat mendakwa Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program nuklearnya, tuduhan yang disangkal oleh Teheran.
Ia menjadi agenda utama dalam rundingan antara Netanyahu dengan Presiden Barack Obama awal minggu ini.
Amerika Syarikat dan Israel bercanggah pendapat mengenai ancaman Iran.
Pemimpin Zionis itu berkata Isnin lalu, usaha diplomasi untuk menyekat program nuklear Iran gagal dan ‘tidak seorang daripada kami sanggup menunggu lebih lama.’ Perbezaan utama antara Washington dan Israel ialah mengenai garis masa untuk menyerang Iran. Negara Yahudi itu menimbang kemungkinan untuk menyerang Teheran dalam masa terdekat ini. Menurut laporan itu, pentadbiran Amerika menawarkan Israel senjata canggih untuk mempengaruhi rejim berkenaan supaya menangguhkan hasratnya.
Antara yang ditawarkan ialah bom pemusnah kubu yang lebih kuat berbanding yang dimiliki rejim Zionis itu ketika ini. Ia akan membolehkan Israel menyasarkan kemudahan nuklear Iran walaupun di bawah tanah.
Laporan itu disiarkan sejurus selepas kuasa dunia yang dikenali sebagai P5+1, lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan dan Jerman, menawar untuk menyambung rundingan mengenai program nuklear Iran yang sudah sekian lama tertangguh. - Agensi

Batal SBPA: Akhirnya perjuangan rakyat berjaya!!

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka.

“Dalam isu ini, Datuk Seri Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka,” Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, ia membuktikan bahawa SBPA hanya menguntungkan segelintir golongan tinggi penjawat awam dengan mengenepikan hak penjawat awam bawahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Beliau berkata, DPPM melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya Perdana Menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13.

“Dalam keadaan begini, beliau terpaksa mendengar rungutan banyak pihak dan akur dengan kehendak mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana jika BN mendapat mandat lagi selepas PRU13 nanti.

Katanya, pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka.

Tambahnya, Najib perlu ingat, kakitangan awam adalah golongan yang bekerja membanting tulang membangunkan negara selama ini, tanpa mereka tidak mungkin negara ini setanding dengan negara-negara yang lain.

“Justeru, wajarlah pandangan penjawat awam ini diambil kira dan diberi perhatian supaya sumbangan mereka benar-benar dihargai,” ujarnya lagi.

Najib tertekan Buku Jingga

Sementara itu, pembatalan SBPA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan BN tertekan dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, mendakwa 10 janji jingga, yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antaranya mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam berjaya memberi tekanan kepada Najib.

Tawaran jingga itu meletakkan pengiktirafan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru.

"Inilah bahayanya kerajaan yang ketandusan idea ketika ingin melaksanakan dasar-dasar tertentu dalam keadaan terdesak kerana cuba menyaingi Pakatan Rakyat. Hasilnya, pentadbiran awam kucar-kacir disebabkan politik desperado Najib," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Athirah, keadaan itu juga menunjukkan pihak kerajaan tidak faham dalam menguruskan skim gaji penjawat awam.

Ekoran itu, Athirah berkata rakyat perlu sedar bahawa peranan Pakatan Rakyat begitu penting dalam usaha mengimbangi keperluan rakyat.

harakahdaily/-

LAU KA NA BAI NANA.......!!

YA RASULULLAH...! Andailah kau ada di kala ini,sudah pasti kau akan tundukkan muka tidak memandang kanan dan kiri kerna ramai umat mu yg bertelanjang ptg dan pagi. WAHAI RASUL ALLAH, Andailah di waktu bgni kau ada di sisi kami,sudah pastilah kau tutupkan telinga mu kerna tidak tahan mendengar umat2 mu menyanyi. DUHAI NABI ALLAH.! Sekiranya kau ujud di depan kami,sudah pastilah ada di kalangan umat mu yg menentang diri mu kerna mereka merasakan peraturan yg kau ajari sudah tidak sesuai lg, OH RASULULLAH.! Kau pernah bersbda-'Andai diletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku supaya aku berhenti dari usaha dakwah ku maka demi ALLAH ! aku tidak akan berhenti menyeru manusia ke jalan ALLAH sehingga ALLAH beri kputusan kpd ku'' Begitu sayangnya di kau pd umat mu,betapa kasih nya di kau pd umat mu hinggakan tertusuk duri sembilu di kaki mu, najis di lumur di leher mu,di baling batu hingga berdarah jasad mulia mu,tidak pernah kau mengeluh ini dan itu,bgni dan bgtu ,Demi umat mu,kau korban kan jiwa dan raga,Di bawah runtuhan segala berhala,kau bangunkan jiwa merdeka ,yang tidak tunduk pd harta atau manusia,hanya tunduk pd Sang Maha Mulia lagi Esa.Tapi YA RASULULLAH.,!Haqiqat nya kini kau sudah tiada,umat mu kini kmbali menyembah berhala berupa harta, pangkat dan dunia kerna jiwa serta ruh mereka telah hilang jiwa agama. LAU KA NA BAI NANA.......!!

Khamis, 8 Mac 2012

Feri Terbakar di Filipina: 25 Penumpang Terselamat

MANILA: Seramai 25 penumpang terselamat apabila feri membawa pelancong terbakar sebaik meninggalkan pelabuhan pada Khamis.

Pengawal pantai berkata, Feri MV Cebu 1 membuat panggilan kecemasan selepas meninggalkan Pelabuhan Batangas kira-kira 100 kilometer selatan Manila. "Pengawal pantai menghantar dua bot untuk membantu manakala kapal dagang yang berada di kawasan itu turut membantu," katanya.

Beliau berkata, jumlah penumpang sudah dikira dan kebakaran berjaya dipadamkan. - AFP

Rabu, 7 Mac 2012

sabda nabi "Siapa yang mengikuti sunnahku maka ia adalah dari golonganku".

Menjadi amalan setiap muslim untuk mengikuti amalan nabi muhammad kerana setiap perkara yang dilakukan oleh nabi adalan sesuatu yang bermanfaat dan mempunyai kebaikannya tersendiri...selamat beramal..

Isnin, 5 Mac 2012

Pemuda PAS mahu dialog dengan Mahathir, The Star

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata dewan itu akan mengadakan dialog dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu dalam isu hudud.

Nasruddin berkata mereka itu ingin mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir yang sebelum ini dilaporkan telah menafikan bahawa hukum hudud wujud dalam al-Quran.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Kita mahu selesaikan secara berdepan dengan Tun Mahathir," katanya yang ingin memastikan sekiranya Mahathir benar-benar telah bermaksud demikian.

Dalam ulasannya sebelum ini, Nasruddin (kiri) berkata beliau telah menyatakan bahawa pandangan seperti itu tidak betul.

"Tetapi kemudiannya ada pula yang cuba tafsir bahawa mungkin Tun maksudkan terma (hudud) itu yang tidak ada dalam al-Quran," katanya.

Debat mengenai isu itu pula telah berlarutan di Internet, kata Nasruddin lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Atas dasar itulah maka pergerakan itu berniat untuk bertemu Mahathir.

Selain dialog dengan mahathir, pergerakan itu juga merancang untuk berdialog dengan ketua pengarang akhbar The Star ekoran isu yang timbul dari liputan akhbar berkenaan.

Katanya, isu berkenaan kebanyakannya adalah berhubung sikap Pemuda PÀS dalam perkara melibatkan hiburan dan juga berkaitan sensitiviti agama seperti sambutan Hari Valentine.

malaysiakini/-

SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU.....


Apa kabarnya imanmu hari ini?

Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam

.

Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi namun kini kurasakan diri ini lebih baik

Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bagian terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawabnya….

Allah tau dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya

Ujian demi ujian insyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu

..

Calon suamiku….

Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.

Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati

Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…

.

Wahai calon suamiku…

Saat aku mash menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak

Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh

Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu

Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan

.

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih

Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…

Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…

.

Calon suamiku….

Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. Itulah yang kini kuhadapi…

Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu

Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…

Ahad, 4 Mac 2012

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

1Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Lelaki didenda RM4,000 kerana tampal iklan tanpa permit

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja sebuah syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan menampal kertas iklan pinjaman secara haram, lima hari lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Terry Tham Chong Guan selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan itu.

Tham, 22, dari Pulau Pinang mengaku menampal kertas iklan pinjaman tanpa permit di Jalan Radin Anum di Brickfields, di sini pada 4.30 petang, 27 Feb lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad manakala Tham tidak diwakili peguam.- Bernama

Benarkan ada pemimpin yang bersifat zalim sebegini??

Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya.Jika benar ini yang dilakukan oleh pemimpin pimpinan Umno,ia sungguh memalukan...adakah mereka yang tidak berupaya tidak diberikan bantuan sedangkan mereka amat perlukan bantuan untuk menjalani kehidupan mereka.

Berdoalah agar jiwamu tenang....

"Jika Allah memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan  kepercayaan mu kpdnya",Jika Allah menangguhkan doamu, maka Allah menguji kesabaranmu", Jika Allah tidak memakbulkan doamu bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Ya Allah, Kuatkan Hamba

"Ya Allah, kuatkan hamba," ucap lirih seorang laki-laki yang hatinya hancur. Laki-laki itu separuh baya. Wajahnya terlihat lebih tua daripada usianya sendiri. Awalnya ketika pernikahannya cukup membahagiakan sampai istrinya hamil dan melahirkan. Diusia anak laki-lakinya berumur sembilan bulan, istrinya meninggalkannya dan anak laki-lakinya.

Istrinya meninggalkan karena kehidupan yang susah, 'aku menikah agar aku hidup bahagia bukan hidup susah.' begitu kata istrinya. Dalam seorang diri tanpa istri, dirinya merawat anak dan mengasuh. Apapun pekerjaan dilakukan untuk menghidupi sang buah hati.

Kepergian istrinya telah membuat luka dihati, Peristiwa itu membuat dirinya menjauh dari Allah. Ibadah yang biasa dilakukan, tidak dilakukannya lagi. 'Buat apa sholat bila hidup menderita.' begitu tuturnya. Dengan hati yang terluka, perjalanan hidup ada kemudahan. Rizkinya lancar, anaknya tumbuh besar sampai menginjak kelas dua SD.

Anaknya menjadi kebanggaan. disekolah selalu ranking satu. Semua surat dalam Juz Amma' telah dihapal. Bahkan anaknya sudah mampu membaca al-Quran dengan lancar. Kebahagiaan menyelimuti hidupnya, terkadang terselip kekecewaan, kemarahan dan perih dihatinya belumlah hilang.

Sampai suatu hari anak laki-laki yang dicintainya sakit keras dan seminggu kemudian dipanggil oleh Sang Pecipta. Meninggal anak yang dicintainya benar-benar membuat hati terasa hancur, tidak ada lagi yang tersisa senyuman dibibir. Air matanya mengalir. 'Sudah tidak ada yang tersisa Mas Agus. Saya sudah tidak punya apapun dalam hidup ini kecuali hanya Allah.' Ucapnya malam itu di Rumah Amalia. Matanya basah, beberapa kali ia nampak mengusap air mata yang yg mengalir dipipi.

"Saya mengira dengan cara menjauhi Allah, saya akan menemukan kembali apa yang hilang, yang terjadi malah sebaliknya, makin banyak kehilangan demi kehilangan. Saya kehilangan Allah, kehilangan istri, saya kehilangan anak dan saya kehilangan diri saya sendiri.' desahnya panjang memilukan, terasa perih dihati. 'Ya Allah, ampunilah hamba, Astaghfirullah,' ucapnya lirih. Malam semakin larut. Ditengah hatinya hancur, ia telah menemukan secercah cahaya, karena hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dirinya memohon pertolongan.

http://agussyafii.blogspot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...